2024-04-19

Jom Kekal Sihat

𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐉𝐨𝐦 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 🏃🏻‍➡️🏃🏻‍♀️‍➡️ 19 April 2024 - Bertempat di Padang Tuaran anjuran Kelab Kebajikan Sukan Dan Rekreasi (KKSR) Majlis Daerah Tuaran telah mengadakan aktiviti jogging untuk warga kerja Majlis Daerah Tuaran. Aktiviti setiap hari jumaat ini dijalankan bagi menjaga kesihatan dan juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga kerja Majlis Daerah Tuaran.

2024-03-16

Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor mengunjungi bazar Ramadan Plaza CKS Tuaran

Turut hadir bersama Pegawai Daerah Tuaran Encik Hadzlan bin Jablee, Ketua Polis Daerah Tuaran SUPT Noraidin Ag. Maidin serta Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran Encik Jamlin bin Ladin. Dalam kunjungan kira-kira setengah jam itu, YAB Ketua Menteri berkesempatan membeli juadah berbuka puasa dan meluangkan masa beramah mesra bersama para peniaga. Pengunjung bazar juga mengambil peluang untuk mengambil Gambar kenangan bersama YAB Ketua Menteri.

2024-03-15

Bacaan Yasin dan Tazkirah sempena Bulan Ramadan bertajuk Adab Ramadan yang melibatkan oleh Warga Kerja Majlis Daerah Tuaran

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hamsah Sulaimana daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

2024-03-08

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan (KKTP) bertemakan "Integriti, Kreativiti dan Kegigihan Menginspirasikan Kecemerlangan"

Majlis Amanat Yang Berhormat Datuk Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Tahun 2024. Pada tahun ini, Encik Jamlin bin Ladin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran menjadi penerima bagi kategori Anugerah Khas Pegawai Eksekutif 2023. Majlis Daerah Tuaran juga turut dianugerahkan Bandar Mampan Terbaik PBT Sabah tahun 2023.

2024-03-07

Perhimpunan Warga Kerja Majlis Daerah Tuaran Bil 1/2024

Pegawai Eksekutif menekankan akan isu kehadiran bekerja penting bagi kepentingan prestasi organisasi kerana ianya membantu meningkatkan prestasi organisasi secara keseluruhan, dalam memastikan operasi berjalan lancar dan matlamat organisasi dicapai. Kehadiran yang konsisten membina kepercayaan dan komitmen seseorang terhadap kerjanya, justeru boleh membuka peluang untuk pembangunan kerjaya dan pengiktirafan.

2023-10-18

Rombongan lawatan kerja daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar

Majlis Daerah Tuaran (MDT) telah menerima rombongan untuk program lawatan kerja daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar. Ini merupakan lawatan mereka yang pertama dan juga lawatan balas rombongan Majlis Daerah Tuaran ke Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Melaka pada 17-07-2022.

2023-09-12

Lawatan Validasi Inisiatif Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021-2025) - Projek Smart Town Tuaran bertempat di bangunan Majlis Daerah Tuaran.

Hadir sama ialah Datuk Zainuddin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Tuan Mohd Nasri Bin Mohd Nasir, Pengarah Audit Negeri Sabah, Tuan Ramlee Bin Kariah, Timbalan Ketua Pegawai (Perkhidmatan)/Timbalan Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya, Encik Hadzlan Bin Jablee, Pegawai Daerah Tuaran, Encik Jamlin Bin Ladin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran

2023-08-19

Program Komuniti Rakan Taman.

PPR Taman Sri Rugading dan PPR Telipok Ria Fasa 3 bertempat di kawasan lapang PPR Taman Sri Rugading. Program ini telah dianjur oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan dengan Majlis Daerah Tuaran. Turut hadir bersama-sama ialah Ahli Majlis Daerah Tuaran, Encik Jamlin bin Ladin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran, Puan Hasnah Dausin, Penolong Setiausaha Landskap KKTP, AJK KRT PPR Seri Rugading diketuai oleh Encik Jiwanshah Mustapah dan wakil-wakil agensi kerajaan. Seramai 280 orang yang telah hadir bagi menjayakan program tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

2023-07-13

FAMA terus jalin kerjasama bersama PBT dalam mentransformasi operasi pasar tamu

Tuaran : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mentransformasikan operasi Pasar Tamu tanpa menghilangkan identiti keunikannya.

2023-05-01

Pesta Makanan & Minuman di Medan Selera Tuaran Sempena Pelancaran Pesta Kaamatan 2023 Daerah Tuaran

Bersama dengan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri ll, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan turut serta YB Johnnybone J Kurum, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri

2023-02-13

SUKAN KERAJAAN TEMPATAN SABAH KE-13 (SKTS XIII) LAHAD DATU 2023

Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Sabah (SKTS) Ke-13 yang diadakan di Lahad Datu selaku tuan rumah dan berlangsung pada 13 Februari hingga 17 Februari 2023

2023-01-28

MESYUARAT PENGURUSAN MAJLIS DAERAH TUARAN BIL. 1/2023

Mesyuarat Pengurusan Bil 1/2023 Majlis Daerah Tuaran yang di pengerusikan oleh Encik Jamlin bin Ladin, Pegawai Eksekutif. Dihadiri oleh Ketua Bahagian dan Ketua Unit Majlis Daerah Tuaran. Majlis Makan Malam diserikan dengan kehadiran Encik Syahrin Bin Syamsir, Pengerusi Majlis Daerah Tuaran.

2022-12-19

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Daerah Tuaran 2022

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2022 Dan Anugerah Jasamu Dikenang yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Syahrin Samsir, Pengerusi Majlis Daerah Tuaran merangkap Pegawai Daerah Tuaran

2022-11-28

STATE GOVERNMENT ALLOCATES RM134.59 MILLION FOR TOURISM NEXT YEAR

Berita dipetik daripada Berita Sabah.gov

2022-11-26

FSI MUST CAPITALISE ON THE OPPORTUNITIES FROM HALA TUJU SMJ

Berita dipetik daripada Berita Sabah.gov

2022-11-24

KM SABAH UCAP TAHNIAH KEPADA PM KE-10

Berita dipetik daripada Berita Sabah.gov

2022-11-24

KM MAHU KOPERASI DI SABAH JADIKAN TRANSKOM SEBAGAI RUJUKAN UTAMA

Berita dipetik daripada Berita Sabah.gov