LATARBELAKANG

Majlis Daerah Tuaran telah ditubuhkan pada 01 Januari 1958 dibawah “Rural Government Ordinance Cap. 132” dan mula berkuatkuasa sebagai Badan Berkuasa Tempatan pada 01 Januari 1962 dibawah Ordinan Kuasa Tempatan 1961 dan Suratcara Majlis Daerah Tuaran 1961.





Keluasan kawasan perkadaran Majlis Daerah Tuaran 15,369 ekar persegi dan merangkumi 4 kawasan pilihanraya.

i. Tamparuli

ii. Kiulu

iii. Sulaman

iv. Pantai Dalit



Mempunyai 6 Pekan antaranya ialah :

a. Pekan Tuaran

b. Pekan Tamparuli

c. Pekan Kiulu

d. Pekan Tenghilan

e. Pekan Topokon

f. Pekan Berungis

Pusat pentadbiran Majlis Daerah Tuaran terletak di Pekan Tuaran. Sebelum ini Majlis berpejabat di Bangunan Urusetia Kecil Tuaran. Pada tahun 1994, cadangan membina Kompleks Pejabat Majlis Daerah Tuaran telah diluluskan dan pembinaan dimulakan, bangunan baru Majlis ini dinamakan bangunan Kompleks Majlis Daerah Tuaran dan telahpun diduduki pada penghujung tahun 1997