VISI, MISI DAN OBJEKTIF



Misi Kami

Misi utama Majlis Daerah Tuaran adalah untuk memberi segala kemudahan asas atau infrastruktur kepada orang awam terutama penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar supaya dapat mencapai taraf hidup yang lebih sempurna dan sistematik selaras dengan polisi dan rancangan pembangunan kerajaan.

Visi Majlis Daerah Tuaran ialah ke arah Daerah Tuaran yang terancang, bersistematik berbudaya dan sejahtera.

Visi Kami

Objektif Kami

1. Untuk menjalankan semua fungsi-fungsinya seperti dicatitkan di dalam Suratcara Majlis
2. Berusaha sejauhmana yang boleh untuk berdikari dari segi kewangan supaya tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan dalam menjalankan fungsi-fungsi mereka
3. Menjadi rakan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing
4. Mendokong cita-cita untuk menuju kearah kerajaan Tempatan yang bersih, cekap dan amanah
5. Untuk menyedarkan kepada ahli-ahlinya supaya mendokong semangat dan prinsip Rukun Negara
6. Untuk mencapai matlamat Dasar Pembangunan Baru selaras dengan Dasar Kerajaan Negeri dan Persekutuan
7. Untuk menjalankan fungsi-fungsi yang lain sebagaimana diarah oleh Kerajaan Negeri dari masa ke masa.