2024-04-19
Jom Kekal Sihat
𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐉𝐨𝐦 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 🏃🏻➡️🏃🏻♀️➡️
19 April 2024 - Bertempat di Padang Tuaran anjuran Kelab Kebajikan Sukan Dan Rekreasi (KKSR) Majlis Daerah Tuaran telah mengadakan aktiviti jogging untuk warga kerja Majlis Daerah Tuaran.
Aktiviti setiap hari jumaat ini dijalankan bagi menjaga kesihatan dan juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga kerja Majlis Daerah Tuaran.
2024-03-22
Siri pertama Program Transformasi Minda (PTM) 2024
Siri pertama Program Transformasi Minda (PTM) 2024 telah selesai dilaksanakan pada 18-22 Mac 2024 dengan kerjasama pihak INSAN di Dewan Persidangan, Kompleks Majlis Daerah Tuaran.
Pengarah bahagian Pengurusan INSAN, Datin Dr Cleopatra @ Clare Asing telah pun merasmikan Majlis Penutupan Program Transformasi Minda Majlis Daerah Tuaran kolaborasi bersama Institut Latihan Sektor Awam Negeri selama 5 lima hari di sini. Dihadiri seramai 33 orang peserta dari kakitangan Majlis Daerah Tuaran dari Gred H11 - Gred N41.
PTM ini adalah sebagai satu syarat wajib untuk tujuan pengesahan jawatan bagi pegawai lantikan baharu. Selain itu ia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai lantikan baharu mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah negara, integriti pentadbiran negara serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam. PTM juga di harap dapat memupuk keperibadian, jati diri dan nilai integriti peserta supaya lebih berketerampilan seterusnya menjadikan peserta seorang pegawai awam yang mempunyai nilai kerja yang cemerlang dan berintegriti.
Sepanjang 5 hari PTM berlangsung, pelbagai pengisian telah disempurnakan oleh barisan penceramah dari pelbagai kementerian/agensi yang mencakupi 3 segmen iaitu Segmen Negara dan Perkhidmatan Awam, Segmen tanggungjawab dan peranan pegawai dan budaya kerja kelas pertama.
2024-03-15
Bacaan Yasin dan Tazkirah sempena Bulan Ramadan
Bacaan Yasin dan Tazkirah sempena Bulan Ramadan bertajuk Adab Ramadan yang melibatkan oleh Warga Kerja Majlis Daerah Tuaran telah berlansung pada 15 Mac 2024.
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hamsah Sulaimana daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
2024-03-08
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan (KKTP) bertemakan "Integriti, Kreativiti dan Kegigihan Menginspirasikan Kecemerlangan"
Majlis Amanat Yang Berhormat Datuk Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Tahun 2024 dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan (KKTP) bertemakan "Integriti, Kreativiti dan Kegigihan Menginspirasikan Kecemerlangan" telah diadakan di Hilton Kota Kinabalu.
Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Isnin bin Haji Aliasnih@Liasnih, Pembantu Menteri I KKTP, YB Datuk Jonnybone J Kurum, YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais, Setiausaha Tetap KKTP, Pegawai-pegawai kanan KKTP, Ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KKTP dan warga kerja KKTP.
Pada tahun ini, Encik Jamlin bin Ladin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran menjadi penerima bagi kategori Anugerah Khas Pegawai Eksekutif 2023. Majlis Daerah Tuaran juga turut dianugerahkan Bandar Mampan Terbaik PBT Sabah tahun 2023.
Semoga kejayaan ini akan memacu warga kerja Majlis Daerah Tuaran agar berusaha dengan lebih gigih dalam meningkatkan produktiviti dan mutu Kerja.
2024-03-06
Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor mengunjungi bazar Ramadan Plaza CKS Tuaran
Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor mengunjungi bazar Ramadan Plaza CKS Tuaran .
Turut hadir bersama Pegawai Daerah Tuaran Encik Hadzlan bin Jablee, Ketua Polis Daerah Tuaran SUPT Noraidin Ag. Maidin serta Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran Encik Jamlin bin Ladin.
Dalam kunjungan kira-kira setengah jam itu, YAB Ketua Menteri berkesempatan membeli juadah berbuka puasa dan meluangkan masa beramah mesra bersama para peniaga.
Pengunjung bazar juga mengambil peluang untuk mengambil Gambar kenangan bersama YAB Ketua Menteri.
2023-11-18
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐲𝐨𝐫 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐏𝐨𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧𝐚𝐤, 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐭.
Seramai 20 orang Ahli Majlis Daerah Tuaran bersama Puan Faridah Binti Giau, Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai Pengiring KKTP dan 10 orang Pegawai/kakitangan dari Majlis Daerah Tuaran.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dalam pengurusan Perbandaran di Pontianak.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyambut kami dengan hangat. Mari kita jalin kerjasama yang lebih erat dan bina hubungan yang berkekalan! 🤝🇮🇩
2023-11-09
2023-10-18
Program Lawatan Kerja daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar
Majlis Daerah Tuaran (MDT) telah menerima rombongan untuk program lawatan kerja daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar. Ini merupakan lawatan mereka yang pertama dan juga lawatan balas rombongan Majlis Daerah Tuaran ke Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Melaka pada 17-07-2022.
Dalam ucapan Encik Rosli Bin Md Nor, Ketua Whip Ahli Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Melaka, beliau mengucapkan terima kasih atas layanan istimewa daripada Majlis Daerah Tuaran dan mempelawa MDT untuk datang melawat semula ke Melaka pada tahun 2024 bersempena dengan Pelancaran Tahun Melawat Melaka.
Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Hadzlan Bin Jablee, Pengerusi Majlis Daerah Tuaran, merangkap Pegawai Daerah Tuaran, Encik Mohammad Bin Nanti, Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Daerah Tuaran, Encik Shahrul Naim Bin Ibrahim, Pengarah Korporat dan Khidmat Masyarakat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Melaka, selaku urus setia Program, Encik Jamlin Bin Ladin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran
serta seramai 38 orang Ahli Majlis dan pegawai-pegawai Kanan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Ahli-ahli Majlis Daerah Tuaran dan kakitangan Majlis Daerah Tuaran.
Terima Kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Melaka kerana memilih Majlis Daerah Tuaran sebagai destinasi lawatan kerja mereka di Sabah
2023-09-12
Lawatan Validasi Inisiatif Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021-2025) - Projek Smart Town Tuaran bertempat di bangunan Majlis Daerah Tuaran.
Pihak Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) mengadakan lawatan validasi ke salah satu inisiatif Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021-2025) di bawah Pemboleh Daya 5 Kerajaan Digital Berteraskan Teknologi & Inovasi iaitu Pelaksanaan Konsep Smart Town di Daerah Tuaran. Hadir sama Datuk Zainuddin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Tuan Mohd Nasri Bin Mohd Nasir, Pengarah Audit Negeri Sabah, Tuan Ramlee Bin Kariah, Timbalan Ketua Pegawai (Perkhidmatan)/Timbalan Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya, Encik Hadzlan Bin Jablee, Pegawai Daerah Tuaran, Encik Jamlin Bin Ladin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran bersama dengan Ahli Majlis Daerah Tuaran. Turut serta rombongan dari Sekretariat Sabah Maju Jaya, pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Tuaran dan Jabatan Audit Negara Cawangan Kota Kinabalu.
2023-08-31
Hari Kebangsaan yang Ke-66
Hari Kebangsaan yang Ke-66 yang berlangsung di Dataran Bandaran Tun Fuad, Kota Kinabalu
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
2023-08-19
2023-08-06
Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang
Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang Bertemakan Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Negeri Sabah & Daerah Tuaran yang dirasmikan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Seramai 13 orang kakitangan Majlis Daerah Tuaran telah menyertai konvoi kembara yang berlangsung pada pagi tadi dan Majlis Daerah Tuaran juga sentiasa memastikan kebersihan di persekitaran astaka dalam keadaan bersih dan terurus.
2023-07-13
MAJLIS PENYERAHAN PASAR KOMUNITI TUARAN KEPADA MAJLIS DAERAH TUARAN.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan majlis penyerahan Pasar Komuniti kepada Majlis Daerah Tuaran hari ini. Majlis penyerahan ini di sempurnakan dengan penyerahan Surat dan Plak Gambar Siap Projek di antara Pengarah FAMA Negeri Sabah Encik Sarman bin Sidno dan Pengerusi Majlis Daerah Yang Berusaha Tuan Hadzlan Bin Haji Jamlee dengan disaksikan oleh Setiausaha Sulit Kepada Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Tuan Kaven Lee Seng Vui di Dewan Persidangan Kompleks Majlis Daerah Tuaran hari ini.
Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Pengarah Kanan Pembangunan Institusi Pemasaran Encik Isa Bin Hamzah dari ibupejabat FAMA.
2023-06-16
Majlis Angkat Sumpah Dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Tuaran Bagi Tahun 2023-2025
2023-06-03
Jawatankuasa Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Tuaran
Jawatankuasa Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Tuaran telah berjaya menganjurkan program kecergasan dan amalan hidup sihat pagi tadi.
Terima kasih kepada kakitangan yang telah melibatkan diri dalam program ini.
Amalkan gaya hidup sihat dan tingkatkan prestasi.
2023-05-18
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kaamatan Tahun 2023
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kaamatan tahun 2023, peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan bersama PBT. Yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
2023-05-14
Lawatan ke lokasi cadangan Pembinaan Tapak Baharu Tamu Mingguan Daerah Tuaran.
Majlis Daerah Tuaran menerima kunjungan dan lawatan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Malaysia, Encik Syahrul Nizam, Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dan Puan Aishatul Izwani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Projek KPKT.
Membuat lawatan ke lokasi cadangan Pembinaan Tapak Baharu Tamu Mingguan Daerah Tuaran.
Majlis Daerah Tuaran telah mengemukakan Permohonan Projek Pembinaan Tapak Tamu Baharu dan Lot-lot Parkir di kawasan seluas 6 ekar di tanah milik Kerajaan Negeri yang akan diwartakan kepada Majlis Daerah Tuaran.
Rombongan Pegawai-Pegawai Kementerian dan Majlis Daerah Tuaran seterusnya meninjau suasana Tamu Tuaran sedia ada sekarang yang sesak dan tidak teratur disebabkan kawasan yang terlalu kecil dan sesak.
Permohonan ini diperingkat akhir pertimbangan kelulusan EPU. Diharapkan usaha ini berjaya dan Masyarakat Tuaran terutama golongan Peladang, Penternak dan Nelayan akan mempunyai tapak yang luas, teratur dan selesa untuk memasarkan hasil pertanian mereka.
Usaha ini juga untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan memudahkan pembeli mendapatkan produk-produk pertanian.
2023-05-01
Pesta Makanan & Minuman di Medan Selera Tuaran Sempena Pelancaran Pesta Kaamatan 2023 Daerah Tuaran
Bersama Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam Timbalan Ketua Menteri ll, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan turut serta YB Johnnybone J Kurum Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri
2023-02-13
SUKAN KERAJAAN TEMPATAN SABAH KE-13 (SKTS XIII) LAHAD DATU 2023
SUKAN KERAJAAN TEMPATAN SABAH KE-13 (SKTS XIII) LAHAD DATU 2023
2023-01-10
SENAMROBIK DAN PERTANDINGAN BADMINTON KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TUARAN
.
Majlis Daerah Tuaran telah mengadakan program senamrobik dan pertandingan badminton yang melibatkan kakitangan Majlis Daerah Tuaran. Tujuan utama adalah untuk membudayakan Gaya Hidup Sihat serta merapatkan Silaturahim di kalangan kakitangan.
2022-12-19