PERKHIDMATAN

Unit Pentadbiran

1. Mengendalikan dan mengawal pentadbiran secara keseluruhannya.
2. Bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pelaksanaan projek-projek Majlis.
3. Menjalankan polisi yang ditetapkan.
4. Mengurus hal-hal kakitangan.

Unit Kewangan

1. Mengawal Kewangan Majlis secara keseluruhannya.
2. Menyediakan anggaran perbelanjaan dan hasil pada setiap tahun.
3. Memastikan penggunaan kewangan dipatuhi dengan sempurna.
4. Menyediakan penyata belanjawan bulanan dan tahunan.

Unit Pembangunan dan Perancangan

1. Menerima dan memproses pelan-pelan yang dikemukakan kepada Majlis.
2. Mengawal projek-projek Majlis secara keseluruhannya.
3. Membantu merancang dalam pelaksanaan program dan projek Majlis Daerah Tuaran.
4. Mewujudkan pembangunan mampan sebagai penjana kepada kesinambungan antara pembangunan sosial dan ekonomi.
5. Mewujudkan sistem bandar yang terancang, dilengkapi dengan Infrastruktur yang tersusun, sistem telekomunikasi, teknologi dan mekanikal yang teratur.
6. Memelihara alam sekitar yang sempurna dengan landskap yang terancang dan teratur.

Unit Penilaian

1. Menyediakan laporan penilaian keatas:-
a. harta berkadar seperti kediaman, komersisl, perindustrian dan tanah kosong (termasuk tanah pertanian) bagi tujuan tuntutan cukai pintu/taksiran.
b. harta-harta majlis bagi tujuan jualbeli, penyewaan, bayaran pampasan dan projek usahasama (JV)
2. Menyediakan Perintah Kadar setiap tahun dan Senarai Nilaian untuk diwartakan dalam Warta Kerajaan.
3. Menyediakan laporan tuntutan Caruman Membantu Kadar (CMK) harta kerajaan negeri dan persekutuan.
4. Menjalankan kerja-kerja meminda Senarai Nilaian bagi harta-harta berkadar yang terdapat pembanguna baru, perubahan atau penambahan, pecah bagi geran, perobohan dan sebagainya mengikut peruntukan seksyen 85, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.
5. Menetapkan rayuan tribunal perkadaran untuk mendengar bantahan/rayuan penilaian kadaran hartanah.

Unit Penguatkuasa

1. Membuat pemantauan penjual-penjual rokok haram di kaki lima kedai seterusnya membuat rampasan rokok haram.
2. Membuat pemantauan premis yang menjalankan perniagaan Pusat Hiburan Awam seperti Pusat Servis Internet, Karaoke dan lain-lain.
3. Mengawal penjaja di kawasan pekan, bangunan haram dan sebagainya.
4. Memastikan undang-undang dan peraturan telah dijalankan dengan sempurna.
5. Menguatkuasakan undang-undang kecil Majlis

Unit Kesihatan dan Perkhidmatan

1. Menyelaras kad kesihatan bagi setiap pengurus dan pekerja yang mengendalikan makanan pada keseluruhan.
2. Membuat pemantauan ke premis-premis makanan bagi mempastikan semua premis makanan sentiasa dalam keadaan bersih.
3. Mengawal kebersihan, kecantikan dan keindahan bandar-bandar dan taman-taman yang berada dalam kewasan percukaian Majlis.
4. Memastikan peraturan-peraturan makanan dan kesihatan dipatuhi oleh pihak yang berkenaan.

Unit Perlesenan

1. Memproses semua permohonan lesen yang perlu dilesenkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 serta Undang-Undang Kecil yang sedia dipakai oleh Majlis Daerah Tuaran.
2. Menyelenggara dan menyimpan rekod-rekodpendaftaran pengeluaran lesen-lesen yang telah dikeluarkan.
3. Menyelenggara dan melesenkan semua pasar awam meliputi penguatkuasaan Undang- Undang Kecil Pasar Majlis Daerah Tuaran.]
4. Mengawal perkembangan dan melesenkan pasar-pasar malam, tamu dan lain-lain yang berkaitan di seluruh kawasan operasi Majlis Daerah Tuaran.