img

PERUTUSAN

img

PERUTUSAN PEGAWAI EKSEKUTIF

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada pelayar pelayar laman web Majlis Daerah Tuaran. Terima kasih kerana melayari laman web kami untuk mendapatkan info-info terkini tentang perkembangan dan perancangan Majlis Daerah Tuaran dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat.

Untuk mencapai matlamat ini pihak majlis tampil dengan slogan "Tuaranku Bersih Indah" bersesuaian dengan keindahan Daerah Tuaran sebagai salah satu kawasan pelancongan di negeri Sabah, atas faktor itu, pihak majlis mengambil perhatian untuk mejadikan bandar Tuaran sebagai bandar yang bersih dan mengutamakan kebersihan.

Gaya hidup yang sihat dengan menitikberatkan amalan kebersihan akan menjadi asas usaha meletakkan Tuaran bersih dan indah. Hasrat ini tidak akan tercapai dengan hanya keupayaan serta tenaga kerja yang ada di Majlis Daerah. Kerjasama dari semua lapisan masyarakat adalah perlu untuk sama- sama menjaga kebersihan bandar kita. Dalam erti kata yang lain, orang awam perlu bersama-sama bertanggungjawab dan membudayakan amalan menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah di merata tempat.

Semoga dengan membudayakan amalan yang baik ini akan menjadikan daerah kita bersih dan indah ke arah melahirkan masyarakat yang sihat dan cemerlang.

Sekian, Terima kasih.

(JAMLIN BIN LADIN)
PEGAWAI EKSEKUTIF