Video

Peranan Majlis Daerah Tuaran menangani Covid-19

Peranan yang dimainkan oleh Majlis Daerah Tuaran dalam menangani wabak Covid-19

NYAHCEMAR DI PEKAN TUARAN

OPERASI DISINFEKSI DI SEKITAR PEKAN TUARAN UNTUK TUJUAN MEMBASIM COVID-19

Majlis Angkat Sumpah dan Upacara Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Tuaran Yang Baharu Bagi Sesi Tahun 2020-2022

Majlis Angkat Sumpah dan Upacara Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Tuaran Yang Baharu Bagi Sesi Tahun 2020-2022 telah berlansung pada 29 Disember 2020 bertempat di Grand Ballroon, Shangri-La’s Rasa Ria Resort, Tuaran. Majlis Telah telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Turut hadir sebagai tetamu kehormat dalam majlis ini, YB Datuk Seri Panglima Masidi Haji Manjun,Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Merangkap Menteri Kewangan II Negeri Sabah, YB Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Joniston Bangkuai,Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar, YB Tuan Jasnih Daya Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Ybhg Datuk Hajah Masnah Matsalleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Yang Berusaha Tuan Sofian Alfian Nair Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Majlis Daerah Tuaran. Seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Tuaran Merakamkan Ucapan Syabas dan Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Ahli Majlis Daerah Tuaran Yang Baharu